Malaysia legislation

Section 11

of AKTA BANK 1973

Seksyen 11

(a)

menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit dan lain-lain sipiutangnya;

(b)

mempunyai aset-aset yang tidak mencukupi untuk meliputi tanggungannya kepada awam;

(c)

melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan Ordinan Bank Negara Malaysia, 1958; 61/58. atau

(d)

telah terhenti menjalankan perniagaan bank di Persekutuan,

Menteri boleh, atas syor Bank Negara, menarikbalik mana-mana lesen yang telah dikeluarkan kepada bank itu:

Dengan syarat bahawa Menteri hendaklah sebelum menarikbalik lesen itu memberitahu mengenai tujuannya hendak mengambil tindakan itu kepada bank yang berkenaan dan hendaklah memberi bank berlesen itu suatu peluang untuk mengemukakan dalam sesuatu tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahu itu, sebab-sebab mengapa lesen itu tidak patut ditarikbalik.

(2)

Jika lesen sesuatu bank telah ditarikbalik di bawah seksyen-kecil (1), bank itu boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari penarikbalikan itu merayu terhadap penarikbalikan itu kepada Mahkamah Tinggi, yang boleh membuat apa-apa perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkannya patut, termasuk apa-apa arahan tentang kos rayuan itu.

(3)

Bank Negara adalah berhak untuk didengari atas sesuatu rayuan itu.

(4)

Membuat sesuatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh dengan apa-apa cara menyentuh penjalanan kuasakuasa dan kewajipan-kewajipan Bank Negara di bawah seksyen 39, 41 dan 42.