Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Kehendak-kehendak seksyen-kecil (1) tidak boleh dipakai dalam sesuatu hal jika kepentingan pengarah itu adalah terdiri hanya daripada menjadi seorang anggota atau sipiutang sesuatu perbadanan, yang ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit, atau pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang dicadangkan daripada bank berlesen itu jika kepentingan pengarah itu boleh dengan sepatutnya dianggap sebagai bukan sesuatu kepentingan matan.
(3)
Bagi maksud-maksud seksyen-kecil (1), suatu pemberitahu am yang diberi kepada lembaga pengarah sesuatu bank berlesen oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa ia adalah seorang pegawai atau anggota sesuatu firma tertentu atau seorang anggota sesuatu perbadanan tertentu dan ianya hendaklah dianggap sebagai ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang mungkin, selepas tarikh pemberitahu itu, diberi kepada firma atau perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang cukup berkenaan dengan sesuatu pendahuluan pinjaman atau kemudahan kredit yang sedemikian diberi jika—
(a)
ia menyatakan jenis dan takat kepentingannya di dalam sesuatu firma atau perbadanan tertentu;
(b)
kepentingannya tidaklah berlainan jenisnya atau lebih besar takatnya daripada jenis dan takat yang dinyatakan sedemikian dalam pemberitahu itu pada masa sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit diberi; dan
(c)
ianya diberi pada mesyuarat pengarah-pengarah atau pengarah itu mengambil langkah yang menasabah untuk mempastikan supaya ia dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia diberi.
(4)
Tiap-tiap pengarah sesuatu bank berlesen yang memegang sesuatu jawatan atau memiliki apa-apa harta dengan mana samada secara langsung atau secara taklangsung kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bertentangan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah hendaklah mengisytiharkan di suatu mesyuarat pengarah-pengarah bank berlesen itu nyataan dan keadaan, jenis dan takat pertentangan itu.
(5)
Perisytiharan yang tersebut dalam seksyen-kecil (4) hendaklah dibuat pada mesyuarat pertama pengarah-pengarah yang diadakan—
(a)
selepas ia menjadi seorang pengarah bank berlesen itu; atau
(b)
(jika sudah pun menjadi seorang pengarah) selepas ia mula memegang jawatan atau memiliki harta mengikut mana yang berkenaan.
(6)
Setiausaha bank berlesen itu hendaklah /mengarahkan supaya dikemukakan dan dibaca apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) atau (4) pada mesyuarat bagi pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ianya diberi, dan hendaklah merekodkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat di mana ianya telah dibuat atau di mana ianya telah dikemukakan dan dibaca.
(7)
Seseorang pengarah yang bertindak dengan melanggar seksyen-kecil (1) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.