Malaysia legislation

Section 30

of AKTA BANK 1973

Seksyen 30

(2)

Sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan semata-mata suatu gadaian, suratikatan amanah atau lain-lain suratcara atas harta takalih atau surat-surat atau lain-lain tanggungan yang bercagarkan sedemikian adalah, bagi maksud-maksud seksyen ini, suatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan harta takalih; sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan sebahagiannya gadaian, suratikatan amanah, atau lain-lain suratcara atas harta takalih, atau surat-surat atau lain-lain tanggungan yang bercagarkan sedemikian atau apa-apa lain bentuk cagaran, adalah bagi maksud seksyen ini suatu pinjaman atau pendahuluan yang bercagarkan harta takalih setakat, tetapi hanya setakat, nilai harta takalih itu sebagai suatu cagaran sebagaimana ditentukan oleh Bank Negara.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melarang sesuatu bank daripada menerima sebagai cagaran bagi sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang dibuat dengan suci hati tanpa cagaran atau atas cagaran yang kemudiannya didapati tidak mencukupi sesuatu gadaian, suratikatan amanah atau lain-lain suratcara atas harta takalih atau surat-surat atau lain-lain tanggungan yang bercagarkan sedemikian.

(4)

Sesuatu bank berlesen yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.