Malaysia legislation

Section 51

of AKTA BANK 1973

Seksyen 51

Seseorang pengarah, pegawai atau pekerja sesuatu bank berlesen atau lain-lain orang iaitu orang-orang yang menerima saraan daripada bank berlesen itu, yang meminta atau menerima, membenarkan atau bersetuju menerima apa-apa hadiah (lain daripada sesuatu hadiah bernilai nominal yang diterima pada hari-hari besar), kamsen, emolumen, perkhidmatan, ganjaran, wang, harta atau barang yang bernilai untuk faedah dan keuntungannya sendiri atau untuk faedah atau keuntungan saudaramaranya, daripada mana-mana orang lain daripada bank itu, kerana mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan bagi mana-mana orang sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit daripada bank itu atau pembelian atau diskaun bagi apa-apa overdraf, surat, cek, bil pertukaran atau lain-lain tanggungan oleh bank itu, atau kerana membenarkan mana-mana orang mengeluarkan terlebih dari sesuatu akaunnya dengan bank itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.