Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
apa-apa aduan di bawah perenggan 10(b); atau
(b)
apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga di bawah perenggan 10(c).
(2)
Bagi maksud sesuatu siasatan di bawah seksyen ini, Majlis
Penyeliaan boleh—
(a)
menerima keterangan secara lisan atau bertulis; atau
(b)
menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat, yang pada pendapat Majlis Penyeliaan perlu bagi maksud membuat suatu dapatan.
(3)
Majlis Penyeliaan hendaklah memberikan dapatannya dan apa-apa syor yang difikirkannya patut secara bertulis kepada
Lembaga secepat yang mungkin apabila tamatnya sesuatu siasatan.
(4)
Dapatan Majlis Penyeliaan dan syor, jika ada, hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Majlis Penyeliaan, disiarkan dengan sepenuhnya oleh Lembaga.