Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Jawatankuasa Penasihat hendaklah membuat syor tentang pemberitahuan
(2)
Pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan itu,
Jawatankuasa Penasihat boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan melalui Ketua Pengarah.
(3)
Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan pemberitahuan yang baru dikemukakan.
(4)
Apabila membuat suatu penilaian terhadap pemberitahuan itu,
Jawatankuasa Penasihat hendaklah mengemukakan syornya tentang pemberitahuan itu kepada Lembaga.
Lembaga hendaklah membuat perintah yang sesuai tentang pemberitahuan