Malaysia legislation

Section 67

of *AKTA BIOKESELAMATAN 2007

Seksyen 67

Mana-mana orang, dengan niat untuk memperdaya, berkenaan dengan sesuatu dokumen yang kena ditunjukkan atau dikemukakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, yang membuat atau

Biokeselamatan 63

menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam milikannya suatu dokumen palsu, yang berupa sebagai dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang dibuat dalam apa-apa dokumen, atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Kuasa Menteri untuk membuat pengecualian