Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 10

Peruntukan khas mengenai pendaftaran lahir mati

Mana-mana pemberitahu yang layak, yang memberikan maklumat kepada Pendaftar mengenai butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan lahir mati hendaklah apabila memberi maklumat itu sama ada–

(a)

menyerah kepada Pendaftar suatu perakuan bertulis yang ditandatangani oleh pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar yang telah membuat rawatan semasa kelahiran itu atau yang telah memeriksa tubuh kanak-kanak itu bahawasanya kanak-kanak itu tidak dilahirkan hidup; atau

(b)

membuat suatu perisytiharan dalam borang yang ditetapkan yang bermaksud bahawa tiada pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar yang ada semasa kelahiran itu atau telah memeriksa tubuh itu dan bahawa satu perakuan dari pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar tidak dapat diperoleh dan kanak-kanak itu tidak dilahirkan hidup.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 15

Penangguhan pendaftaran

Section 10 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957