Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 15

Pendaftaran nama kanak-kanak atau mengenai pengubahan nama

(2)

Jika seorang kanak-kanak telah didaftarkan tanpa nama, suatu nama boleh didaftarkan–

(a)

dalam hal kanak-kanak yang telah mencapai umur satu tahun tetapi tidak dua puluh satu tahun, dengan menyerahkan kepada Pendaftar Besar suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan yang telah ditandatangani oleh bapa atau ibu atau penjaga atau orang yang pada masa itu menjaga kanak-kanak itu dengan menyatakan nama yang telah diberi itu; atau

(b)

dalam hal orang yang telah mencapai umur dua puluh satu tahun, dengan menyerah kepada Pendaftar Besar satu perakuan dalam borang yang ditetapkan dengan memberi nama yang dia ingin untuk didaftarkan, dan dengan membayar kepada Pendaftar Besar apa-apa fi sebagaimana yang boleh ditetapkan.

(3)

Pendaftar Besar apabila menerima perakuan tersebut hendaklah mengarahkan Penguasa Pendaftar yang menjaga daftar di mana kelahiran itu didaftarkan untuk seterusnya mencatatkan di dalam daftar itu tanpa apa-apa pemadaman ke atas catatan asal, nama yang disebut di dalam perakuan itu sebagai nama yang telah diberi dan

Penguasa Pendaftar itu hendaklah bertindak sebagaimana yang diarahkan itu dan Pendaftar Besar pada masa yang sama hendaklah menyebabkan catatan bersamaan dibuat dalam daftarnya:

Dengan syarat bahawa sebelum memberi arahan di bawah subseksyen ini, Pendaftar Besar hendaklah menghendaki orang yang menyerahkan perakuan itu untuk mengemukakan keterangan yang pada pendapat Pendaftar Besar dapat memuaskan bahawa orang tersebut adalah orang yang didaftarkan tanpa nama.

(4)

Jika mana-mana orang memperoleh pengubahan nama atau catatan nama di dalam daftar menurut peruntukan subseksyen (1)

atau (2) dan nama yang diubah atau yang diberi itu ditunjukkan di dalam perakuan yang sewajarnya telah pun diserahkan menurut subseksyen itu yang tercatat dalam tulisan Cina dan juga dalam tulisan Rumi, maka Pendaftar Besar boleh membenarkan orang tersebut memasukkan ke dalam daftar dalam tulisan Cina

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

sebagaimana yang boleh ditetapkan nama yang diubah atau yang diberi itu dalam tulisan Cina.

(5)

Peruntukan dalam seksyen ini tidak terpakai kepada bayi lahir mati atau kepada bayi yang telah mati sebelum penyerahan mana-mana perakuan yang disebut dalam seksyen ini.

Pendaftaran nama yang tidak disukai atau diingini

Section 15 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957