Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 17

Pendaftaran semula kelahiran orang yang disahtarafkan

(a)

nama orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada orang yang disahtarafkan itu telah dicatatkan di dalam daftar menurut seksyen 13 Akta ini; atau

(b)

kebapaan orang yang disahtarafkan itu telah ditetapkan oleh perintah penyenggaraan yang dibuat di bawah Akta

Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950

[Akta 263], atau selainnya dengan dekri oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, maka Pendaftar Besar hendaklah tidak membenarkan pendaftaran semula melainkan jika maklumat mengenai tujuan untuk mendapatkan yang sama telah disediakan oleh kedua-dua ibu bapa.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 19

(2)

Jika Pendaftar Besar mempercayai mana-mana orang yang akan menjadi orang yang disahtarafkan dalam erti Akta Kesahtarafan 1961 dengan perkahwinan ibu bapanya, dan ibu bapa atau salah seorang daripada mereka gagal untuk memberikan maklumat sedemikian, jika ada, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perkahwinan itu sebagaimana yang perlu untuk membolehkan

Pendaftar Besar untuk membenarkan pendaftaran kelahiran orang itu, maka Pendaftar Besar boleh pada bila-bila masa selepas habis tempoh tersebut dengan notis yang ditandatanganinya menghendaki ibu bapa atau salah seorang dari mereka untuk memberinya maklumat sedemikian yang berkenaan dengan perkara sebagaimana difikirkannya perlu, menentusahkan dengan cara sebagaimana yang diarahkannya, dan bagi maksud itu untuk hadir sendiri sama ada di

Pejabat Pendaftar atau di mana-mana tempat lain yang ditentukannya dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh hari selepas penerimaan notis itu, sebagaimana yang ditetapkan di dalamnya.

(3)

Tiada fi bagi pendaftaran semula di bawah seksyen ini boleh dicajkan jika maklumat sebagaimana yang perlu bagi maksud itu diberikan sebelum habis tempoh tiga bulan tersebut; tetapi dalam sesuatu hal lain, hendaklah dicajkan berkenaan dengan pendaftaran semula fi itu sebagaimana ditetapkan.

(4)

Seksyen ini hendaklah dipakai dengan ubah suaian sebagaimana yang boleh ditetapkan berkaitan dengan kelahiran di laut atau dalam pesawat udara.

Section 17 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957