Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Maklumat mengenai kematian
(a)
mana-mana saudara si mati yang ada pada masa kematian itu atau merawati semasa sakitnya yang terakhir;
(b)
mana-mana saudara lain si mati yang bermastautin atau berada dalam kawasan pendaftaran di mana kematian itu berlaku;
(c)
mana-mana orang yang ada pada masa kematian;
(d)
penduduk rumah itu jika dia mengetahui tentang kejadian kematian itu;
(e)
mana-mana orang yang tinggal di rumah itu yang mengetahui tentang kejadian kematian itu;
(f)
mana-mana orang yang menjumpai atau yang menjaga mayat itu; dan
(g)
orang yang menyebabkan pengurusan mayat itu.
(2)
Maka hendaklah menjadi kewajipan–
(a)
saudara sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(a)
seksyen ini; dan
(b)
jika tiada saudara sedemikian, maka tiap-tiap saudara sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(b) seksyen ini;
dan
(c)
jika tiada saudara sedemikian, maka tiap-tiap orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(c)
atau (d) seksyen ini; dan
(d)
jika tiada saudara atau orang yang sedemikian sebagaimana disebut di atas, maka tiap-tiap orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(e),
(f)
atau (g) seksyen ini,
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 21
untuk memberi kepada Pendaftar, sebelum habis tempoh dua belas jam (tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dan apa-apa masa-masa kegelapan yang berjeda) dari masa kematian itu, maklumat sepanjang pengetahuannya dan kepercayaannya mengenai butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan kematian itu, dan di hadapan Pendaftar untuk menandatangani daftar itu:
Dengan syarat bahawa–
(i)
pemberian maklumat itu dan penandatanganan daftar oleh salah seorang daripada pemberitahu yang layak hendaklah merupakan sebagai perlepasan apa-apa tugas di bawah subseksyen ini mengenai tiap-tiap pemberitahu yang lain;
dan
(ii)
subseksyen ini hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa jika inkues atau siasatan kematian diadakan terhadap mayat atau mengenai kematian orang yang mati itu.
Penangguhan pendaftaran