Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

Seksyen 27

(2)

Apa-apa silap tulis menulis yang mungkin dari semasa ke semasa ditemui dalam mana-mana daftar boleh diperbetulkan oleh

Penguasa Pendaftar, dengan cara sedemikian sebagaimana diarah oleh Pendaftar Besar.

(3)

Apa-apa kesilapan fakta atau bahan dalam mana-mana daftar boleh diperbetulkan dengan catatan (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) oleh Pendaftar Besar dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan dengan mengemukakan suatu akuan berkanun oleh orang yang berkehendakkan kesilapan itu diperbetulkan dengan menyatakan sifat kesilapan itu dan fakta sebenar hal itu, dan dibuat oleh dua orang yang dikehendaki oleh Akta ini untuk memberi maklumat berhubungan dengan kelahiran, kelahiran mati atau kematian berkenaan mana kesilapan itu telah dibuat, atau atas kegagalan orang tersebut oleh dua orang yang boleh dipercayai yang mempunyai pengetahuan yang memuaskan Pendaftar Besar mengenai kebenaran hal itu; dan Pendaftar Besar boleh jika berpuas hati mengenai fakta yang dinyatakan dalam akuan berkanun itu menyebabkan catatan itu diperakui dan hari dan bulan dan tahun pembetulan itu dilakukan hendaklah ditambah ke dalamnya.

(4)

Jika kesilapan fakta atau bahan didapati dalam maklumat yang dikemukakan oleh seorang Koroner atau Majistret di bawah seksyen 24, maka Koroner atau Majistret itu, jika berpuas hati bahawa kesilapan itu wujud, boleh memperakui di bawah tandatangannya kepada Penguasa Pendaftar yang berkenaan mengenai sifat kesilapan itu dan fakta sebenar hal itu sebagaimana yang ditentukan olehnya, dan kesilapan itu bolehlah selepas itu dibetulkan (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) oleh Penguasa Pendaftar tersebut, yang akan meletakkan tandatangannya di sebelah catatan itu di mana kesilapan itu berlaku dan hendaklah menambah kepadanya hari dan bulan dan tahun pembetulan itu di buat.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 25

(5)

Walau apa pun peruntukan terdahulu seksyen ini, dalam mana-mana hal–

(a)

jika apa-apa catatan telah dibuat dalam mana-mana daftar yang menggunakan tarikh atau nama tempat dalam bahasa

Jepun atau Thai, maka Pendaftar Besar atau Penguasa

Pendaftar yang menjaga daftar itu boleh membetulkan tarikh atau nama tempat itu (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) supaya selaras dengan kalendar

British atau nama tempat yang digunakan sebelum pendudukan

Jepun atau

Thai dan hendaklah menandatangani apa-apa pembetulan apabila dibuat; dan

(b)

jika mana-mana catatan dalam sesuatu daftar adalah dalam apa-apa bahasa selain bahasa Inggeris, maka Pendaftar

Besar atau Penguasa Pendaftar yang menjaga daftar itu boleh menambah (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) suatu terjemahan ke atas catatan tersebut dalam bahasa Inggeris atau transkripsi catatan tersebut dalam skrip Rumi dengan cara sebagaimana yang diarah oleh Pendaftar Besar.

(6)

Jika seseorang pegawai yang menjaga daftar membuat catatan ke dalamnya menurut peruntukan seksyen ini, dia hendaklah seterusnya mengemukakan kepada pegawai yang menjaga salinan pendua daftar, suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan dengan menyenaraikan butir-butir catatan dan pegawai yang menjaga salinan pendua tersebut hendaklah membuat catatan yang bersamaan ke dalamnya.

Tugas Penguasa Pendaftar dan Pendaftar untuk mendapat pendaftaran

Section 27 — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957