Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Kaedah-kaedah
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
bentuk dan kandungan daftar, Perakuan Kelahiran,
Perakuan Kematian, borang, perakuan, notis dan dokumen lain yang dikehendaki dan maklumat yang perlu dibekalkan bagi melaksanakan maksud Akta ini;
(b)
fi yang dikenakan di bawah Akta ini;
(c)
penjagaan daftar, borang, perakuan, notis dan dokumen lain yang berkaitan dengan urusan pendaftaran;
(d)
cara membuat carian dan pengeluaran Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian;
(e)
penyediaan dan penjagaan indeks mengenai perkara yang terkandung dalam daftar;
(f)
cara melakukan pembetulan atau pengubahan kepada daftar;
(g)
penyata yang hendak diserahkan oleh nakhoda kapal atau kapten pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia berkenaan dengan kelahiran dan kematian di atas kapal atau pesawat udara mereka; dan
(h)
apa-apa perkara lain yang adalah suai manfaat untuk membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan tujuan Akta ini.
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 35
Menghantar dokumen melalui pos