Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Mana-mana borang yang digunakan, dan apa-apa kehendak mengenai butir-butir yang dicatatkan dalam mana-mana borang yang digunakan, bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini yang berkuat kuasa sebelum sahaja berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah ditetapkan di bawah Akta ini sehingga borang atau butir-butir lain telah ditetapkan.
(3)
Jika suatu tempoh masa yang ditentukan dalam mana-mana
Enakmen atau Ordinan yang dimansuhkan oleh Akta ini adalah suatu masa yang sama dengan mula berkuat kuasanya Akta ini, maka Akta ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah peruntukan bersamaan telah berkuat kuasa apabila tempoh itu mula berjalan.
(4)
Apa-apa dokumen yang merujuk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah, kecuali timbul niat yang berlainan, ditafsirkan sebagai merujuk kepada peruntukan bersamaan Akta ini.
(5)
Satu salinan mana-mana catatan yang dibuat dalam daftar sebelum berkuat kuasanya Akta ini yang sepatutnya jika dibuat
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 299
selepas mula penguatkuasaan tersebut telah dicatatkan sebagai pendaftaran lewat menurut seksyen 12 atau 21 hendaklah –
(a)
jika kebenaran fakta yang dimasukkan ke dalamnya telah didapati dengan cara yang ditetapkan oleh mana-mana peruntukan undang-undang bertulis di mana catatan tersebut telah dibuat atau, jika tidak didapati sedemikian, telah dibuktikan dengan memuaskan hati Pendaftar Besar;
dan
(b)
jika diperakui di bawah tandatangan Pendaftar Besar, adalah boleh diterima dalam keterangan dengan cara yang ditetapkan oleh seksyen 33.
(6)
Tiada apa pun dalam peruntukan terdahulu seksyen ini boleh diambil sebagai menjejas pelaksanaan seksyen 30 Akta Tafsiran 1948
dan 1967 (yang berkaitan dengan kuat kuasa pemansuhan itu).
Pemansuhan