Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
membuat undang-undang kecil bagi mengadakan peruntukan mengenai semua perkara yang tidak dikhaskan dengan nyata bagi Institut dalam mesyuarat agung, sama ada perkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak, dan membuat undang-undang kecil bagi menggesa anggota supaya mengamalkan profesion kimia dengan sempurna, bagi mencegah amalan yang menyalahi undang-undang dan yang keji dalam profesion itu di kalangan anggota dan bagi memajukan kepentingan profesion itu;
(b)
melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas, yang difikirkannya patut dan menetapkan kewajipan dan terma dan syarat perkhidmatan mereka;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
(c)
mengambil perhatian tentang apa-apa jua yang menyentuh Institut atau kelakuan anggotanya dari segi profesion dan membawa dalam mana-mana mesyuarat agung Institut apa-apa perkara yang difikirkannya material bagi Institut atau bagi kepentingan profesion dan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya patut yang berhubungan dengannya;
(d)
berhubung dengan badan lain yang seumpamanya dan dengan anggota profesion itu di tempat lain bagi maksud mendapatkan dan memberi maklumat mengenai segala perkara yang mungkin terbukti berfaedah atau menarik perhatian anggota dan membuat rundingan dan perkiraan dengan badan itu bagi saling mengiktiraf taraf anggota Institut;
(e)
menubuhkan cawangan Institut yang difikirkannya patut;
(f)
mewakilkan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicaranya, kecuali kuasa tatatertibnya, kepada mana-mana cawangan Institut atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut;
(g)
melantik Jawatankuasa Institut bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa kuasa yang ditetapkannya;
(h)
menjalankan segala kuasa, keistimewaan dan budi bicara yang tidak dikehendaki dengan nyata dan eksklusif oleh Akta ini supaya dijalankan oleh anggota
Institut dalam mesyuarat agung; dan
(i)
menggunakan meterai perbadanan Institut.
Ahli Kimia 15
*Anggota Majlis, Jawatankuasa, dsb., mestilah warganegara