Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 16

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), dan tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), tiap-tiap orang berhak, apabila membayar fi yang ditetapkan, diterima masuk oleh Majlis sebagai seorang anggota

Institut jika dia mempunyai syarat yang dikehendaki oleh subseksyen 17(2), (3) atau (4).

(3)

Tiada seorang pun boleh diterima masuk oleh Majlis sebagai seorang anggota Institut jika dia berumur kurang daripada dua puluh satu tahun atau jika pada pendapat Majlis dia bukan seorang yang layak dan wajar untuk diterima masuk sebagai seorang anggota.

(4)

Sesuatu pertubuhan perbadanan adalah tidak layak untuk menjadi anggota Institut.

(5)

Seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan Majlis di bawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi.

(6)

Tatacara berkenaan dengan rayuan di bawah subseksyen (5)

pada asasnya sama seperti rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan sesuatu mahkamah rendah dalam perkara sivil.

(7)

Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas mendapat nasihat Institut, meminda Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Gred keanggotaan