Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Sebelum diterima masuk sebagai seorang Fellow, seseorang hendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—
(a)
mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
(b)
mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang dari sepuluh tahun;
(c)
telah memberi sesuatu sumbangan besar kepada kimia;
dan
(d)
telah mencapai umur tiga puluh tiga tahun atau umur yang kurang dari itu sebagaimana yang dibenarkan oleh
Majlis dalam sesuatu hal yang khas.
(3)
Sebelum diterima masuk sebagai seorang Member, seseorang hendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—
(a)
mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
(b)
mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang daripada tiga tahun bagi ijazah atau yang setaraf dengannya atau tidak kurang daripada satu tahun bagi ijazah sarjana atau ijazah lebih tinggi atau yang setaraf dengannya;
(c)
telah mencapai umur dua puluh satu tahun.
(4)
Sebelum diterima masuk sebagai seorang Licentiate, seseorang hendaklah memuaskan hati Majlis bahawa dia—
(a)
mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada salah satu peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
Ahli Kimia 19
(b)
mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang daripada satu tahun bagi ijazah atau yang setaraf dengannya; dan
(c)
telah mencapai umur dua puluh satu tahun.
Pernyataan oleh mana-mana orang yang sudah mati, dsb.