Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 23

(a)

menjalankan amalan atau mengemukakan dirinya sebagai seorang ahli kimia berdaftar atau sebagai seseorang daripada apa-apa perihalan lain yang serupa;

(b)

mengiklankan melalui apa-apa kaedah atau dengan apa-apa cara sebagai menjalankan amalan sebagai seorang ahli kimia berdaftar; atau

(c)

menerima pakai, mengguna atau menunjukkan istilah

“ahli kimia berdaftar” atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain atau apa-apa istilah lain daripada perihalan yang serupa dalam hal keadaan yang menunjukkan atau mungkin menyebabkan orang memahami bahawa dia ialah seorang ahli kimia berdaftar.

(2)

Tiada seorang pun boleh memberi atau mengadakan atas apa-apa keupayaan penentu, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis, keputusan apa-apa cerakinan kimia bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu benda atau keluaran yang dimakan atau digunakan, atau yang dicadang untuk dimakan atau digunakan, oleh orang awam atau mana-mana golongannya, melainkan jika—

(a)

dia ialah seorang ahli kimia berdaftar;

(b)

dia ialah seorang ahli farmasi berdaftar dan cerakinan kimia yang keputusannya diberi atau diadakan, atau diperakui atau diisytiharkannya secara bertulis itu adalah bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan atau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanan diri, atau apa-apa bahagian atau komponennya;

Ahli Kimia 23

(ba) dia ialah seorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A bagi maksud subseksyen ini dan memberi atau mengadakan, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya; atau

(c)

dia ialah seorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan seorang ahli kimia berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau seseorang yang dibenarkan di bawah seksyen 23A dan memberi atau mengadakan, atau memperakui atau mengisytiharkan secara bertulis keputusan cerakinan kimia bagi maksud dan dalam penjalanan pekerjaannya dan, dalam hal seseorang pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan seorang ahli farmasi berdaftar, cerakinan kimia itu ialah bagi maksud menentukan kandungan atau spesifikasi sesuatu makanan, benda atau keluaran perubatan atau farmasi termasuk alat solek dan kelengkapan dandanan diri, atau apa-apa bahagian atau komponennya.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kedua dan berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kebenaran berhubung dengan cerakinan kimia