Malaysia legislation
Section 23A
Seksyen 23A
(a)
bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia—
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
(i)
mempunyai ijazah atau apa-apa kelulusan akademik yang setaraf, dalam kimia atau dalam apa-apa disiplin yang khas yang dikaitkan dengan kimia daripada apa-apa peperiksaan mana-mana institusi pelajaran tinggi dalam mana-mana negeri, selain daripada peperiksaan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua; atau
(ii)
mempunyai kelulusan atau sesuatu bentuk pengiktirafan formal yang diberi oleh Kerajaan atau sesuatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan, iaitu suatu kelulusan atau pengiktirafan yang pada amnya telah diterima sebagai melayakkan penerimanya melakukan cerakinan kimia;
(b)
bahawa, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, dia telah diambil kerja oleh seorang majikan dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; dan
(c)
bahawa, pada tarikh Majlis membuat keputusan mengenai permohonannya—
(i)
dia masih bekerja dengan majikan yang sama dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia; atau
(ii)
dia bekerja dengan seorang majikan lain iaitu seorang majikan yang kepadanya dia telah memohon untuk bekerja sebelum tarikh yang ditetapkan, dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan dia menjalankan cerakinan kimia.
(2)
Dalam memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1),
Majlis boleh mengenakan apa-apa sekatan atau syarat yang difikirkan patut oleh Majlis dan Majlis boleh pada bila-bila masa kemudiannya mengenakan sekatan atau syarat tambahan atau menghapuskan apa-apa sekatan atau syarat yang telahpun dikenakan.
Ahli Kimia 25
(3)
Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak seribu ringgit.
(4)
Majlis boleh membatalkan kebenaran yang diberi kepada seseorang di bawah subseksyen (1) jika Majlis berpuas hati, selepas memberi peluang kepada orang itu untuk didengar, bahawa orang itu tidak mematuhi sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran itu, walaupun tiada pendakwaan yang berbangkit daripada kemungkirannya itu telah dibawa di bawah subseksyen (3) dan, jika apa-apa pendakwaan telah dibawa, walau apa pun keputusan pendakwaan itu.
(5)
Seseorang yang terkilan dengan—
(a)
keengganan Majlis memberi kepadanya kebenaran di bawah subseksyen (1);
(b)
sesuatu sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran yang diberi kepadanya; atau
(c)
pembatalan oleh Majlis di bawah subseksyen (4) tentang kebenaran yang diberi kepadanya, boleh, dalam masa empat belas hari selepas diberitahu tentang keputusan Majlis itu atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri.
(6)
Dalam rayuan di bawah subseksyen (5), Menteri boleh membuat apa-apa keputusan yang difikirkannya patut dan selaras dengan Akta ini; dan keputusan Menteri itu muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah dipatuhi oleh Majlis.
(7)
Pembatalan sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa sehingga tempoh rayuan yang diperuntukkan
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
oleh subseksyen (5) telah habis tempoh atau, jika rayuan telah dibuat dalam tempoh tersebut, sehingga pembatalan itu disahkan oleh
Menteri atas rayuan.
(8)
Melainkan jika dibatalkan dengan sepenuhnya lebih awal di bawah subseksyen (4) dan (7), kebenaran yang diberi kepada seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa apabila orang itu tidak lagi bekerja dengan orang yang telah mengambilnya bekerja pada masa kebenaran itu diberi kepadanya.
Kecualian