Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 25

Seseorang yang—

(a)

memperoleh atau cuba memperoleh pendaftaran atau sesuatu perakuan keanggotaan di bawah Akta ini dengan disedarinya membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan sesuatu perisytiharaan, perakuan, permohonan atau pernyataan palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya;

Ahli Kimia 27

(b)

secara sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemalsuan dalam daftar;

(c)

memalsukan, mengubah atau melancung sesuatu perakuan keanggotaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(d)

menggunakan sesuatu perakuan keanggotaan di bawah

Akta ini yang telah dipalsukan, diubah atau dilancung dengan menyedarinya sebagai telah dipalsukan, diubah atau dilancung; atau

(e)

menyamar sebagai seorang anggota Institut, atau membeli, menjual atau secara fraud memperoleh sesuatu perakuan keanggotaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh firma