Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 27

Pelantikan dan kuasa Pemeriksa

(2)

Jika seseorang Pemeriksa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau yang berhubungan dengan sesuatu perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis, dia boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki, menggeledah dan memeriksa premis itu dan boleh memeriksa, memindahkan dan menahan apa-apa buku, dokumen atau barang lain yang dijumpai di dalamnya yang, pada pendapatnya, boleh memberi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seseorang yang menghalang atau menggalang seseorang

Pemeriksa dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Mendapatkan wang oleh Majlis