Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli farmasi berdaftar” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371];

“anggota” atau “anggota Institut” atau “ahli kimia berdaftar”

ertinya seseorang yang pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang anggota Institut;

“daftar” ertinya daftar anggota yang disenggarakan di bawah seksyen 15;

“Institut” ertinya Institut Kimia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Jawatankuasa” ertinya mana-mana Jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ini;

“kaedah-kaedah” dan “undang-undang kecil” ertinya kaedah-kaedah dan undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;

“Majlis” ertinya Majlis Institut;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Institut yang dinyatakan oleh subseksyen 14(1);

“Pertubuhan” ertinya badan yang dikenali sebagai Institut Kimia

Malaysia yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan pada 13 Oktober 1967 [P.W. 4647 tahun 1967] di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 14(2);

Ahli Kimia 7

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.