Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 7

Fungsi Institut

(a)

menentukan kelulusan bagi orang untuk diterima masuk sebagai anggota;

(b)

mengadakan—

(i)

latihan, pendidikan dan peperiksaan oleh Institut atau mana-mana badan lain, bagi orang yang bercadang untuk mejadi anggota; dan

(ii)

latihan dan perkembangan professional berterusan bagi anggota yang mengamalkan atau bercadang untuk mengamalkan profession kimia di Malaysia;

(c)

mengawal selia pengamalan, oleh anggota, profesion kimia di Malaysia;

(d)

memajukan kepentingan profession kimia dan juga meningkatkan kesedaran awam dan penghargaan terhadap bidang kimia;

(e)

memberi apa-apa bantuan wang atau bantuan lain kepada anggota atau orang tanggungan mereka sebagaimana yang difikirkannya patut dengan tujuan hendak melindungi atau memajukan kebajikan anggota;.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

(f)

memberi maklumat dan nasihat kepada anggota dan orang awam tentang perkara yang berhubungan dengan kimia;

(g)

bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, badan professional kebangsaan dan antarabangsa, organisasi saintifik kebangsaan dan antarabangsa dan institusi pendidikan tinggi tentang perkara yang berhubungan dengan kimia;

(h)

memberi input professional, nasihat dan perundingan tentang isu nasional dan global yang melibatkan orang awam melalui kerjasama rapat dengan ahli akademik, badan professional yang lain dan industri;

(i)

meluluskan atau meolak pemberian akreditasi bagi program kimia dan program berkaitan dengan kimia di istitusi pendidikan tinggi awam dan institusi pendidikan tinggi swastadi Malaysia mengikut Akta Agensi

Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679].

(j)

menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan kimia dan profesion kimia; dan

(k)

mempromosikan kemajuan dalam bidang kimia dan sains yang berkaitan dengan kimia dan aplikasinya.

Kaedah-kaedah Institut