Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA AHLI KIMIA 1975

Seksyen 8

(a)

peraturan mengenai pengamalan, oleh anggota, akan profesion kimia di Malaysia;

Ahli Kimia 11

(b)

penerimaan masuk anggota, bayaran yang kena dibayar apabila diterima masuk dan cara yang baginya keanggotaan boleh terhenti;

(c)

kelayakan bagi orang untuk diterima masuk sebagai anggota;

(d)

latihan, pendidikan atau peperiksaan bagi orang untuk diterima masuk sebagai anggota dan bayaran yang kena dibayar baginya;

(e)

pengalaman praktikal yang dikehendaki untuk diterima masuk sebagai anggota dan kuasa bagi Majlis atau mana-mana Jawatankuasa untuk meluluskan tempat pekerjaan yang mana pengalaman praktik itu boleh diperoleh;

(f)

pengelasan anggota dari semasa ke semasa;

(g)

pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan dan pemecatan anggota Majlis;

(h)

pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan, dan pemecatan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan

Setiausaha Majlis;

(i)

mengadakan mesyuarat bagi Majlis dan anggota;

(j)

cara mengundi dalam mana-mana mesyuarat Majlis atau mesyuarat anggota;

(k)

tatacara bagi

Jawatankuasa

Penyiasatan dan

Jawatankuasa Tatatertib dan tatacara yang berhubungan dengan apa-apa aduan kepada mana-mana Jawatankuasa itu;

(l)

penyiaran dalam Warta, akhbar dan lain-lain mengenai prosiding dan keputusan Jawatankuasa Tatatertib;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 158

(m)

penggunaan dan jagaan meterai perbadanan Institut;

(n)

jagaan, pelaburan dan perbelanjaan kumpulan wang dan harta Institut;

(o)

peraturan dan pentadbiran Institut dalam segala perkara di dalam bidang kuasanya; dan

(p)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini.

(2)

Segala kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada kelulusan Menteri dan, jika diluluskan oleh Menteri, hendaklah disiarkan dalam Warta.