Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Mengecualikan hak dan kewajipan Pesuruhjaya dan orang lain
(1)
Mula berkuat kuasanya Akta ini tidaklah menjejaskan
Pesuruhjaya Ibu Kota atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan dengan sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini bagi memegang jawatan Pesuruhjaya atau jawatan lain dan mulai dari tarikh tersebut Pesuruhjaya itu atau orang lain yang masing-masing memegang jawatan itu hendaklah mempunyai dan 059b.fm Page 5 Friday, March 31, 2006 6:37 PM
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 59
menjalankan segala hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan yang dahulunya dipunyai oleh mana-mana jawatan itu di bawah Akta
Ibu Kota Persekutuan 1960 atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kesahan atau kuat kuasa apa-apa tindakan, prosiding, pindah hak, pindah hakmilik, surat ikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur.
Pindaan kepada gelaran