Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENERBANGAN AWAM 1969

Seksyen 2

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aerodrom”

ertinya mana-mana kawasan tanah atau air, termasuklah apa-apa lapangan terbang, lapangan terbang kecil

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

(termasuklah lapangan terbang kecil air), lapangan helikopter, bangunan, pepasangan dan kelengkapan, untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi pendaratan, pelepasan atau pergerakan kapal udara;

“aerodrom Kerajaan” ertinya mana-mana aerodrom di bawah kawalan Menteri dan termasuklah mana-mana aerodrom Angkatan

Tentera atau tentera pelawat;

“anak kapal” termasuklah tiap-tiap orang yang digaji atau yang diambil kerja dalam sesuatu kapal udara yang sedang dalam penerbangan atas urusan kapal udara itu;

“barang” termasuklah mel dan binatang;

“binaan” termasuklah mana-mana rumah, gudang, pejabat, kedai, sekolah dan mana-mana bangunan lain, sama ada kekal atau sementara, sama ada digunakan bagi maksud untuk diduduki manusia atau selainnya, dan juga apa-apa jua dinding, pagar, pelantar, pentas, tiang pintu pagar, tiang batu, tiang, bingkai, papan keras, jambatan, kabel, wayar atau apa-apa galangan buatan yang lain yang didirikan tinggi dari aras bumi;

“kapal udara Malaysia” ertinya sesuatu kapal udara yang didaftarkan di mana-mana bahagian di Malaysia;

“kapal udara tentera” ertinya kapal udara perkhidmatan tentera bagi

Angkatan Tentera dan termasuklah mana-mana kapal udara yang dikawal oleh seorang anggota Angkatan Tentera dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang anggota itu;

“kawasan terkawal” ertinya sesuatu kawasan yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan terkawal di bawah seksyen 8;

“kerosakan atau kerugian”, berhubung dengan seseorang, termasuklah kehilangan nyawa dan bencana kepada tubuh;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penerbangan Awam

Malaysia;

Penerbangan Awam 11

“Konvensyen Chicago” ertinya Konvensyen berkenaan dengan

Penerbangan Awam Antarabangsa yang dibuat di Chicago pada 7 Disember 1944;

“lapangan terbang” ertinya agregat tanah yang terdapat dalam suatu aerodrom termasuklah bangunan, hangar kapal udara, tempat penyimpanan, kemudahan, jalan dan tempat letak yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi maksud atau berkaitan dengan pengendalian aerodrom itu;

“mendirikan” berhubung dengan sesuatu binaan termasuklah tambahan atau perubahan kepada mana-mana binaan yang ada;

“muatan” ertinya harta yang boleh dialih yang dibawa di dalam kapal udara;

“sewa atau upah” ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu kapal udara;

“syarikat berlesen” ertinya syarikat yang kepadanya lesen dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 24A(1);

“tanah” termasuklah tanah yang diliputi air dan apa-apa hak pada atau atas tanah.

(2)

Apa-apa rujukan dalam Akta ini mengenai mana-mana negara atau wilayah hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, diertikan sebagai termasuk suatu rujukan mengenai perairan wilayah, jika ada, yang bersempadanan dengan negara atau wilayah itu dan kepada ruang udara atas negara atau wilayah itu dan atas perairan wilayah yang bersempadanan dengannya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

BAHAGIAN IA

KEWAJIPAN DAN FUNGSI

KETUA PENGARAH PENERBANGAN AWAM

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia