Malaysia legislation

Section 2B

of *AKTA PENERBANGAN AWAM 1969

Seksyen 2B

Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah

(a)

untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan penerbangan awam dan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan, termasuk penetapan piawai dan penguatkuasaannya;

(b)

untuk mewakili Kerajaan berkenaan dengan perkara penerbangan awam dan untuk membuat segala perkara yang perlu bagi maksud ini;

(c)

untuk memastikan perkembangan penerbangan awam yang selamat dan teratur di seluruh Malaysia;

(d)

untuk menggalakkan pembangunan kemudahan jalan udara, lapangan terbang dan penerbangan udara bagi penerbangan awam;

(e)

untuk menggalakkan pengadaan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan yang cekap oleh syarikat berlesen; dan

(f)

untuk mempertingkatkan kepentingan pengguna perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan di

Penerbangan Awam 13

Malaysia dari segi harga yang dikenakan bagi, dan mutu dan kepelbagaian, perkhidmatan yang diadakan oleh syarikat berlesen.

Pewakilan kuasa, kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah