Malaysia legislation
Section 2C
Seksyen 2C
(2)
Mana-mana orang yang kepadanya kuasa, kewajipan atau fungsi diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah.
(3)
Mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan, ditunaikan atau dilaksanakan atas nama Ketua Pengarah.
(4)
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang
Ketua Pengarah sendiri menjalankan, menunaikan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu.
(5)
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah.
Kad kuasa