Malaysia legislation

Section 13

of AKTA MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN) 1968 (BELUM DISEMAK)

Seksyen 13

Semua harta yang boleh di-aleh atau yang tak boleh di-aleh yang, sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa, telah terletak-hak-nya pada Maktab Kerjasama Tanah Melayu atau yang di-pegang oleh atau bagi pehak Maktab Kerjasama Tanah Melayu, hendak-lah, pada tarikh mula berkuatkuasa-nya Act ini dan dengan tiada memerlukan apa² jua pindahan-hak, pemberian-hak atau pindah-milek, terletak-hak-nya pada Maktab atau terserah-lah kapada Maktab mengikut hakmilek, harta atau kepentingan yang sa-rupa itu juga dan mengikut pegangan dan bagi maksud² yang sa-rupa itu juga sa-bagaimana ia-nya telah terletak-hak atau di-pegang sa-belum sahaja Act ini berkuatkuasa; dan segala hak dan tanggongan yang, sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa, menjadi hak dan tanggongan Maktab Kerjasama Tanah Melayu hendak-lah apabila Act ini mula berkuatkuasa menjadi hak dan tanggongan Maktab.

Section 13 — CO-OPERATIVE COLLEGE (INCORPORATION) ACT 1968