Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Hak untuk diwakili oleh peguam
Mana-mana orang yang kelakuannya menjadi perkara siasatan di bawah Akta ini, atau sesiapa yang dalam apa-apa cara yang terlibat atau kena mengena dalam perkara yang sedang disiasat itu, berhak untuk diwakili oleh seorang peguam bela dalam keseluruhan siasatan itu; dan mana-mana orang lain yang difikirkannya wajar bahawa dia hendaklah diwakili sedemikian boleh, dengan kebenaran Pesuruhjaya itu, diwakili mengikut cara yang disebut terdahulu. Peguam Negara, Peguam Cara Negara, mana-mana Peguam Persekutuan, atau mana-mana anggota Jabatan Peguam Besar Negeri, Sabah atau Sarawak, yang berkelulusan undang-undang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Peguam Besar Negeri, berhak pada bila-bila masa hadir di hadapan dan berucap kepada Pesuruhjaya itu atas apa-apa perkara yang pada pendapat Peguam Negara berkaitan dengan siasatan itu.
Pesuruhjaya ialah pekhidmat awam dan siasatan ialah prosiding kehakiman di bawah Kanun Keseksaan