Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengeluaran Tauliah
(a)
kelakuan mana-mana pegawai persekutuan;
(b)
penjalanan atau pengurusan mana-mana jabatan perkhidmatan awam Malaysia;
(c)
penjalanan atau pengurusan mana-mana institusi awam yang tidak semata-mata disenggarakan dengan kumpulan wang Negeri; atau
(d)
apa-apa perkara lain yang siasatannya, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, berfaedah bagi kebajikan awam, iaitu bukan—
(i)
suatu perkara yang melibatkan apa-apa soal yang berhubungan dengan agama Islam atau adat Melayu; atau
(ii)
berhubung dengan Sabah atau Sarawak, suatu perkara yang dinyatakan dalam butiran 10 Senarai Negeri:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana pegawai persekutuan yang kelakuannya dicadangkan untuk disiasat itu, telah pada masa melakukan kelakuan itu, berkhidmat dalam suatu jabatan perkhidmat awam sesuatu Negeri, tauliah itu hendaklah dikeluarkan hanya dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri itu.
(2)
(Dipotong oleh L.N.332/1958).
(3)
Pihak Berkuasa Negeri mana-mana Negeri selain Sabah atau Sarawak boleh, jika didapatinya suai manfaat berbuat demikian, mengeluarkan suatu Tauliah melantik seorang Pesuruhjaya atau lebih dan memberi kuasa kepada Pesuruhjaya itu menyiasat—
(a)
kelakuan mana-mana pegawai Negeri;
(b)
penjalanan atau pengurusan mana-mana jabatan perkhidmatan awam Negeri itu;
(c)
penjalanan atau pengurusan mana-mana institusi awam yang disenggarakan semata-mata dengan kumpulan wang Negeri; atau
(d)
apa-apa perkara lain yang siasatan, pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri itu, berfaedah bagi kebajikan awam Negeri itu dan yang tidak secara langsung melibatkan kebajikan awam mana-mana Negeri lain:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana pegawai Negeri, yang kelakuannya dicadangkan untuk disiasat itu, telah, pada masa melakukan kelakuan itu berkhidmat dalam suatu jabatan Kerajaan Persekutuan atau jabatan perkhidmatan awam suatu Negeri lain, Tauliah itu hendaklah dikeluarkan hanya dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri yang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Dalam seksyen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
(a)
"pegawai persekutuan" ertinya mana-mana pegawai yang dilantik dan diambil bekerja oleh Kerajaan Persekutuan, dan mana-mana pegawai yang syarat pekerjaannya menjadikan dia bertanggungan berkhidmat dengan lebih daripada satu Negeri;
(b)
"pegawai Negeri"ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, selain Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak, yang syarat pekerjaannya tidak menjadikan dia bertanggungan berkhidmat di luar Negeri itu;
(c)
(Dipotong oleh L.N. 332/1958).
Terma Tauliah