Malaysia legislation

Section 6

of AKTA SURUHANJAYA SIASATAN 1950

Seksyen 6

Pertukaran Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri atau Raja

Tiada Tauliah yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh luput dengan sebab, atau selainnya terjejas oleh, kematian, ketiadaan, persaraan atau pemecatan Yang di-Pertuan Agong, jika dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kematian, ketiadaan, persaraan atau pemecatan Yang di-Pertua mana-mana Negeri, jika dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Negeri itu atau, jika dikeluarkan oleh Raja mana-mana Negeri, kematian Raja Negeri itu.