Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 11

(a)

menjual, menawarkan untuk jualan, memberikan, menyerahkan atau memungut tiket loteri; atau

(b)

didapati memiliki sepuluh atau lebih—

(i)

tiket loteri; atau

(ii)

kaunterfoil atau pendua tiket loteri;

(c)

didapati memiliki apa-apa akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan sesuatu loteri; atau

(d)

didapati memiliki suatu “papan tikam”, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.

(2)

Seseorang yang didapati di dalam atau melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.

(3)

Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ialah tiket loteri bagi mana-mana loteri awam atau ialah akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan mana-mana loteri awam, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa dokumen sedemikian ialah tiket loteri bagi loteri awam itu atau akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan loteri awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(4)

Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa barang ialah alatan atau perkakas bagi perjudian, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang itu ialah alatan atau perkakas bagi perjudian.

(5)

Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (3)

atau (4) hendaklah, jika pihak pendakwa bercadang hendak memberikannya sebagai keterangan, disampaikan kepada tertuduh itu tidak kurang dari empat belas hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu dan perakuan itu hendaklah boleh diterima tanpa kehadiran pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki sedemikian—

(a)

oleh Mahkamah; atau

(b)

oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan Pendakwa Raya suatu notis secara bertulis tidak kurang dari tujuh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

(6)

Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta melantik mana-mana orang sama ada seorang pegawai awam ataupun tidak untuk menjadi seorang pakar perjudian berkenaan dengan mana-mana atau kesemua permainan.

Jualan tiket loteri tidak sah

Section 11 — COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 | mylaw.my