Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 21

Bilamana adalah ternyata kepada Majistret atas perbicaraan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini bahawa tempat yang di dalamnya atau yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia dilengkapkan dengan atau mempunyai mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen yang akhir terdahulu itu, dia hendaklah memerintahkan perobohan dan pemusnahan mana-mana antaranya yang terdiri daripada tangga, pintu, dinding sekat, tangga panjat, papan, pelantar, tiang, pagar tonggok, bar, bolt dan benda lain yang ternyata kepadanya telah didirikan atau dibina khas bagi maksud memudahkan penjalanan perjudian di premis itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Section 21 — COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 | mylaw.my