Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Jika seseorang yang telah disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 4 atau 4B disabitkan lagi dengan kesalahan yang sama atau mana-mana kesalahan lain di bawah seksyen itu, Majistret boleh, sebagai tambahan kepada hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen itu, membuat suatu perintah menghendakinya supaya memberi jaminan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun oleh seorang penjamin atau lebih bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan terhadap Akta ini dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dibuat dengan seberapa hampir yang boleh mengikut cara yang sama dan hendaklah mempunyai kesan dan akibat yang sama seolah-olah ia ialah suatu perintah untuk memberi jaminan bagi berkelakuan baik di bawah seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 289