Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 2

(a)

ia boleh digunakan bagi maksud bermain permainan nasib atau permainan campuran nasib dan kemahiran; dan

(b)

akibat daripada permainan atau pengendalian mesin atau peranti, kemenangan dalam bentuk wang atau nilai wang yang boleh menjadi kena dibayar;

“Pegawai Kanan Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;

“pemegang lesen”, berhubung dengan pembekalan tenaga, ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] atau pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah

Rumah Perjudian Terbuka 7

seksyen 4 Ordinan Elektrik Sarawak [Sarawak Bab 137], mengikut kehendak keadaan;

“pengendali mesin judi” ertinya mana-mana orang yang—

(a)

memiliki, menguruskan atau menyenggarakan mesin judi;

(b)

mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya suatu mesin judi; atau

(c)

dalam apa-apa cara membantu dalam pengurusan atau penyenggaraan mesin judi;

“permainan banker” ertinya apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama;

“pihak berkuasa bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;

“rumah perjudian terbuka” termasuklah—

(a)

mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan untuk perjudian yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses;

(b)

mana-mana tempat yang diselenggarakan untuk perjudian secara lazimnya, sama ada atau tidak orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses kepadanya;

(c)

mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam;

(d)

mana-mana tempat (termasuk tempat yang dipunyai, diduduki, dimiliki, diselenggarakan, digunakan atau disenggarakan oleh mana-mana pertubuhan atau mana-mana organisasi lain, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan itu ditubuhkan melalui atau di bawah mana-mana undang-undang)—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(i)

di mana lapan orang atau lebih sedang berjudi;

(ii)

di mana apa-apa permainan banker sedang dimainkan; atau

(iii)

di mana perjudian sedang dimainkan dan baginya bayaran dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan orang atau mana-mana orang lain sebagai balasan bagi membenarkan perjudian di tempat itu;

“Semenanjung

Malaysia”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

“tempat’ ertinya mana-mana rumah, pejabat, bilik atau bangunan dan mana-mana tempat atau kawasan, sama ada terbuka atau tertutup, dan termasuklah sesuatu kapal, perahu atau vesel lain, sama ada terapung atau tidak, dan mana-mana kenderaan;

sesuatu tempat di mana tiket loteri ditawarkan untuk jualan, dijual atau dibahagikan hendaklah disifatkan sebagai “digunakan bagi maksud loteri awam”;

sesuatu tempat hendaklah disifatkan sebagai “digunakan” bagi sesuatu maksud jika ia digunakan bagi maksud itu walaupun hanya sekali sahaja;

tiap-tiap orang yang mendemis atau menyewakan sesuatu tempat untuk sewaan hendaklah disifatkan “pemunya” tempat itu;

ungkapan “alatan atau perkakas bagi perjudian” termasuklah semua barang atau bahagiannya yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual

Pertama dan Kedua dan semua barang yang digunakan dalam atau bagi maksud perjudian atau loteri dan semua mesin judi;

“tenaga” mempunyai erti yang diberikan kepada “elektrik” dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 atau istilah itu dalam seksyen 2 Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan;

Rumah Perjudian Terbuka 9

“tiket loteri” termasuklah apa-apa kertas atau angka atau tulisan atau simbol atau barang lain apa jua pun yang sama ada dengan nyata atau secara termaklum memberikan hak atau berupa memberikan hak kepada pemegang atau mana-mana orang lain untuk menerima apa-apa wang atau nilaian wang apabila berlakunya apa-apa kejadian atau kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana loteri awam.

(2)

Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta—

(a)

menetapkan apa-apa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam pemberitahuan itu sebagai loteri bagi maksud Akta ini dan sesudah itu adalah menjadi suatu anggapan yang tidak boleh sangkal di sisi undang-undang bahawa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan itu adalah suatu loteri bagi maksud Akta ini;

(b)

(Dipotong oleh Akta A577).

(3)

Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memotong daripada, menambah kepada, atau selainnya meminda, Jadual Pertama atau Kedua.

Kacau ganggu

Section 2 — COMMON GAMING HOUSES ACT 1953 | mylaw.my