Malaysia legislation

Section 100

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 100

(2)

Jika—

(a)

semua syer keluaran dalam sesuatu syarikat berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud; atau

(b)

semua syer keluaran daripada kelas tertentu dalam sesuatu syarikat berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud, tiada mana-mana syer itu dikehendaki untuk mempunyai nombor pengenalan selagi syer itu masih berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud dengan semua syer yang sama kelasnya dikeluarkan dan berbayar penuh.

(3)

Jika syer baharu dikeluarkan oleh syarikat atas terma bahawa, dalam tempoh tidak melebihi dua belas bulan, syer baharu itu akan diperingkatkan sama rata bagi segala maksud dengan semua syer yang sedia ada atau dengan semua syer yang sedia ada daripada kelas tertentu, dalam syarikat itu, sama ada syer baharu atau syer yang sedia ada itu tidak dikehendaki untuk mempunyai nombor pengenalan selagi kesemuanya berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud.

Pendaftaran anggota menjadi keterangan hakmilik di sisi undang-undang