Malaysia legislation

Section 104

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 104

(2)

Jika nilai debentur yang diwakili oleh perakuan atau dokumen itu lebih besar daripada lima ratus ringgit, pengarah syarikat boleh, sebelum menerima suatu permohonan bagi pengeluaran suatu perakuan atau dokumen pendua, menghendaki pemohon—

(a)

untuk menyebabkan suatu iklan dimasukkan dalam suatu surat khabar yang diedarkan di tempat yang dinyatakan oleh pengarah yang menyatakan bahawa perakuan atau dokumen itu telah hilang atau musnah dan bahawa pemilik berniat selepas habis tempoh empat belas hari selepas penyiaran iklan itu untuk memohon kepada syarikat bagi mendapatkan suatu pendua; atau

(b)

untuk memberikan suatu bon bagi amaun yang sama dengan sekurang-kurangnya nilai pasaran semasa debentur bagi menanggung rugi syarikat terhadap kerugian berikutan dengan pengeluaran perakuan atau dokumen asal, atau boleh menghendaki pemohon untuk melakukan kedua-dua perkara itu.

Syarikat 139

Kehendak bagi surat cara pemindahmilikan