Malaysia legislation

Section 105

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 105

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pemindahmilikan sekuriti dalam syarikat yang telah dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa saham daripada depositori pusat sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 146 kepada orang yang dinamakan dalam rekod pendeposit yang disebut dalam subseksyen 147(1), dengan syarat bahawa pemindahmilikan itu dikuatkuasakan mengikut kaedah-kaedah depositori pusat sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 146.

(3)

Bagi maksud menguatkuasakan pemindahmilikan syer atau debentur, syarikat hendaklah mencatatkan nama penerima pindahan dalam daftar anggota atau daftar pemegang debentur mengikut seksyen ini.

(4)

Subseksyen (1) tidak menjejaskan mana-mana kuasa syarikat untuk mendaftarkan seseorang sebagai pemegang syer atau pemegang debentur yang padanya hak terhadap syer atau debentur telah dipindahkan melalui kuat kuasa undang-undang.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “surat cara pemindahmilikan”

termasuk suatu permohonan bertulis bagi pemindahan syer, debentur atau kepentingan lain kepada seorang wakil diri.

Pendaftaran pemindahmilikan atau penolakan pendaftaran

Section 105 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my