Malaysia legislation
Section 106
Seksyen 106
(a)
Akta ini atau perlembagaan syarikat dengan nyata membenarkan pengarah untuk menolak atau menangguhkan pendaftaran atas sebab-sebab yang dinyatakan;
(b)
pengarah meluluskan suatu ketetapan untuk menolak atau melengahkan pendaftaran pemindahmilikan itu dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan surat cara pemindahmilikan dan ketetapan itu menyatakan sepenuhnya sebab-sebab bagi penolakan atau kelengahan pendaftaran itu; dan
(c)
notis mengenai ketetapan itu, dan dalam hal syarikat awam termasuklah sebab-sebabnya yang disebut dalam perenggan (b) dihantar kepada pemberi pindahan dan kepada penerima pindahan dalam masa tujuh hari dari ketetapan itu diluluskan.
(2)
Tertakluk pada perlembagaan, pengarah boleh menolak atau melengahkan pendaftaran pemindahmilikan syer di bawah subseksyen (1) jika pemegang syer gagal untuk membayar kepada syarikat suatu amaun yang kena dibayar berkenaan dengan syer itu, sama ada melalui balasan bagi pengeluaran syer atau berkenaan dengan jumlah wang yang kena dibayar oleh pemegang syer itu mengikut perlembagaan.
(3)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Perintah Mahkamah bagi pendaftaran