Malaysia legislation

Section 109

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 109

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika orang yang disebut dalam subseksyen itu memilih supaya seorang yang lain didaftarkan, dia hendaklah memberikan keterangan mengenai pemilihannya dengan menyempurnakan suatu pemindahmilikan syer atau debentur kepada orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Semua batasan, sekatan dan peruntukan Subpenggal ini yang berhubungan dengan hak bagi pemindahmilikan dan pendaftaran pemindahmilikan syer atau debentur yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi apa-apa notis atau pemindahmilikan seolah-olah kematian atau kebankrapan pemegang syer atau pemegang debentur tidak berlaku dan notis atau pemindahmilikan itu ditandatangani oleh pemegang syer atau pemegang debentur itu.

(4)

Apa-apa dokumen yang menurut undang-undang menjadi keterangan yang mencukupi bagi probet wasiat atau surat kuasa mentadbir harta pusaka si mati yang telah diberikan kepada seseorang boleh diterima oleh syarikat sebagai keterangan yang mencukupi bagi pemberian itu.

(5)

Syarikat hendaklah mendaftarkan orang itu sebagai pemegang syer atau pemegang debentur syarikat berkenaan dengan syer atau debentur itu dalam masa enam puluh hari dari penerimaan pemberitahuan itu.

(6)

Pendaftaran pemindahan syer atau debentur di bawah seksyen ini boleh melayakkan pemegang berdaftar bagi dividen dan kelebihan lain yang sama dan bagi hak yang sama berhubung dengan mesyuarat syarikat atau pengundian atau selainnya.

(7)

Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal kematian seseorang anggota, orang yang diakui sebagai mempunyai apa-apa hakmilik terhadap kepentingan dalam syer atau debentur hendaklah—

(a)

jika si mati ialah pemegang tunggal, wakil diri yang sah di sisi undang-undang; dan

(b)

jika si mati ialah pemegang bersama, penakatnya,

Syarikat 143

tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan harta pusaka pemegang bersama si mati daripada apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa syer yang telah dipegang secara bersesama olehnya dengan orang yang lain.

(8)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Batasan terhadap liabiliti pemegang amanah, dsb., yang berdaftar sebagai pemilik syer

Section 109 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my