Malaysia legislation
Section 110
Seksyen 110
(2)
Mana-mana pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka mana-mana orang yang mati yang berhak secara benefisial terhadap sesuatu syer dalam mana-mana perbadanan, iaitu syer yang didaftarkan dalam suatu daftar atau daftar cawangan yang disimpan di
Malaysia boleh, dengan persetujuan perbadanan dan pemegang berdaftar syer itu, didaftarkan sebagai pemegang bagi syer itu sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka itu dan adalah, berkenaan dengan syer itu, tertakluk pada liabiliti yang sama dan tidak lagi sebagaimana yang dia mungkin akan tertakluk jika syer itu telah didaftarkan atas nama orang yang mati itu.
(3)
Syer dalam sesuatu perbadanan yang didaftarkan dalam suatu daftar atau daftar cawangan yang disimpan di Malaysia dan yang dipegang oleh pemegang amanah berkenaan dengan suatu amanah tertentu boleh, dengan persetujuan perbadanan itu, ditandakan dalam
144 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
daftar atau daftar cawangan itu mengikut apa-apa cara bagi syer itu dikenal pasti sebagai pemegang berkenaan dengan amanah itu.
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, tiada notis bagi apa-apa amanah secara nyata, tersirat atau konstruktif boleh dicatatkan dalam sesuatu daftar atau daftar cawangan atau boleh didapatkan oleh Pendaftar dan tiada liabiliti boleh terjejas oleh apa-apa perkara yang dilakukan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) atau di bawah undang-undang di mana-mana tempat lain yang bersamaan dengan seksyen ini dan perbadanan yang berkenaan tidak terjejas oleh notis mana-mana amanah dengan apa-apa perkara yang dilakukan sedemikian.
Lien bagi syer