Malaysia legislation

Section 111

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 111

(a)

pengeluaran syer yang dibayar sebahagian; dan

(b)

apa-apa pembayaran dividen atas syer itu, bagi semua wang yang kena dibayar oleh pemegang syer kepada syarikat melalui panggilan wang atau kena dibayar pada tarikh yang ditetapkan.

(2)

Syarikat boleh menjual mana-mana syer yang ke atasnya syarikat itu mempunyai suatu lien mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh pengarah.

(3)

Penjualan mana-mana syer oleh syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) tidak boleh dibuat melainkan jika—

(a)

suatu jumlah wang yang berkenaan dengannya lien itu wujud kena dibayar pada masa ini; dan

(b)

sehingga habisnya tempoh empat belas hari dari suatu notis bertulis, yang menyatakan dan menuntut pembayaran

Syarikat 145

apa-apa bahagian amaun yang berkenaan dengannya keistimewaan atau lien itu wujud yang kena dibayar pada masa ini telah diberikan kepada pemegang berdaftar pada masa syer itu, atau orang yang berhak kepada syer itu oleh sebab kematian atau kebankrapan pemegang berdaftar itu.

(4)

Bagi maksud menguatkuasakan apa-apa penjualan di bawah subseksyen (2), pengarah boleh membenarkan seseorang untuk memindah milik syer yang dijual kepada pembeli syer yang hendaklah didaftarkan sebagai pemegang syer yang terkandung dalam apa-apa pemindahmilikan itu dan pengarah tidak terikat untuk melihat penggunaan wang belian itu.

(5)

Hakmilik pembeli terhadap syer yang dijual di bawah subseksyen (2) tidak terjejas oleh apa-apa ketidakteraturan atau ketidaksahan dalam prosiding yang berhubungan dengan penjualan itu.

(6)

Hasil jualan itu hendaklah diterima oleh syarikat dan digunakan dalam membayar apa-apa bahagian amaun yang berkenaan dengannya lien itu wujud sebagaimana yang kena dibayar pada masa ini, dan apa-apa baki hendaklah dibayar kepada orang yang berhak kepada syer pada tarikh penjualan itu, tertakluk pada lien yang serupa bagi jumlah wang yang kena dibayar ke atas syer sebelum penjualan itu.

(7)

Pengarah boleh enggan untuk mendaftarkan pemindahmilikan suatu syer yang ke atasnya syarikat itu mempunyai lien, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perlembagaan.

Subpenggal 3

Pernyataan Kesolvenan

Ujian kesolvenan

Section 111 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my