Malaysia legislation

Section 113

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 113

(a)

mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar;

(b)

dengan menyatakan—

(i)

tarikh pernyataan itu dibuat; dan

(ii)

nama setiap pengarah yang membuat pernyataan itu;

dan

(c)

yang hendaklah—

(i)

ditandatangani oleh setiap pengarah yang membuat pernyataan itu; dan

(ii)

disokong dengan suatu akuan bahawa pengarah telah membuat siasatan terhadap hal ehwal syarikat.

(2)

Pernyataan kesolvenan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dibuat oleh—

(a)

dalam hal suatu transaksi yang berhubungan dengan pengurangan modal syer atau penebusan syer keutamaan, semua pengarah; dan

(b)

dalam hal suatu transaksi yang berhubungan dengan bantuan kewangan atau pembelian balik syer, majoriti pengarah itu.

(3)

Pernyataan kesolvenan berhubung dengan sesuatu transaksi ialah suatu pernyataan bahawa setiap pengarah yang membuat

148 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

pernyataan itu bersependapat bahawa syarikat memenuhi ujian kesolvenan berhubung dengan transaksi itu.

(4)

Dalam mencapai persepakatan bagi maksud membuat suatu pernyataan kesolvenan, pengarah hendaklah—

(a)

menyiasat keadaan hal ehwal dan prospek syarikat; dan

(b)

mengambil kira semua liabiliti syarikat, termasuklah liabiliti luar jangka.

(5)

Jika syarikat bercadang untuk membeli syernya sendiri di bawah suatu pembelian balik syer, pengarah hendaklah membuat suatu akuan bahawa—

(a)

adalah perlu bagi syarikat untuk membeli balik syernya sendiri; dan

(b)

pembelian balik syer itu dibuat dengan suci hati dan demi kepentingan syarikat.

Kesalahan mengenai pernyataan kesolvenan