Malaysia legislation

Section 116

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 116

Syarikat 149

(a)

dengan menghapuskan atau mengurangkan liabiliti atas mana-mana syer syarikat berkenaan dengan modal syer tidak berbayar;

(b)

dengan membatalkan apa-apa modal syer berbayar yang hilang atau tidak diwakili oleh aset yang ada;

(c)

dengan memulangkan kepada pemegang syer apa-apa modal syer berbayar yang melebihi keperluan syarikat.

(2)

Jika pengurangan modal syer yang dicadangkan itu melibatkan sama ada pengurangan liabiliti berkenaan dengan modal syer tidak berbayar atau pembayaran kepada mana-mana pemegang syer bagi mana-mana modal syer berbayar, dan dalam apa-apa hal lain jika

Mahkamah mengarahkan sedemikian—

(a)

tiap-tiap pemiutang syarikat yang, pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, berhak terhadap apa-apa hutang atau tuntutan yang boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat itu seolah-olah tarikh itu ialah tarikh permulaan penggulungan syarikat berhak untuk membantah terhadap pengurangan modal syer itu;

(b)

Mahkamah hendaklah menetapkan senarai pemiutang yang berhak untuk membantah, melainkan jika Mahkamah berpuas hati dengan afidavit bahawa tiada pemiutang

150 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

sedemikian boleh menentukan setakat yang dapat dilaksanakan tanpa menghendaki permohonan daripada mana-mana pemiutang bagi nama, jenis serta amaun hutang atau tuntutan pemiutang itu, dan boleh menyiarkan notis yang menetapkan hari terakhir yang padanya atau sebelumnya pemiutang-pemiutang yang tidak dicatatkan dalam senarai itu boleh menuntut untuk dicatatkan sedemikian; dan

(c)

jika pemiutang yang dicatatkan dalam senarai itu yang hutang atau tuntutannya tidak dilepaskan atau belum diputuskan tidak bersetuju dengan pengurangan itu,

Mahkamah boleh melepaskan persetujuan pemiutang itu atas syarikat bagi menjamin pembayaran hutang atau tuntutannya dengan mengagihkan sebagaimana yang diarahkan oleh

Mahkamah—

(i)

jika syarikat itu mengakui amaun penuh hutang atau tuntutan itu, atau walaupun tidak mengakuinya syarikat itu bersetuju untuk mengadakan baginya, amaun penuh hutang atau tuntutan itu; atau

(ii)

jika syarikat itu tidak mengakui dan tidak bersedia untuk menyediakan amaun penuh hutang atau tuntutan itu atau jika amaun itu di luar jangka atau tidak diputuskan, suatu amaun yang ditetapkan oleh

Mahkamah selepas siasatan dan penghukuman yang seumpamanya seolah-olah syarikat itu digulungkan oleh Mahkamah.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Mahkamah boleh, selepas mengambil kira apa-apa hal keadaan khas mana-mana kes, mengarahkan semua atau mana-mana peruntukan subseksyen itu tidak terpakai berkenaan dengan apa-apa kelas pemiutang.

(4)

Mahkamah boleh, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, membuat suatu perintah bagi mengesahkan pengurangan itu jika Mahkamah berpuas hati berkenaan dengan tiap-tiap pemiutang yang di bawah subseksyen (2) itu berhak untuk membantah, bahawa—

Syarikat 151

(a)

persetujuannya bagi pengurangan itu telah didapatkan; atau

(b)

hutang atau tuntutannya telah dilepaskan, ditentukan atau dicagarkan.

(5)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah menyatakan perkara yang berikut:

(a)

amaun modal syer syarikat sebagaimana yang diubah oleh perintah itu;

(b)

bilangan syer yang akan dibahagikan; dan

(c)

amaun, jika ada, yang disifatkan dibayar atas setiap syer pada tarikh perintah itu.

(6)

Ketetapan bagi mengurangkan modal syer sebagaimana yang disahkan oleh perintah Mahkamah itu hendaklah berkuat kuasa apabila perintah itu diserah simpan dengan Pendaftar.

(7)

Notis yang mengesahkan pengurangan modal syer yang dikeluarkan oleh Pendaftar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa semua kehendak Akta ini berkenaan dengan pengurangan modal syer telah dipatuhi dan bahawa modal syer syarikat adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(8)

Apabila perintah Mahkamah diserah simpan, butir-butir yang ditunjukkan dalam perintah itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan menggantikan butir-butir yang bersamaan dalam perlembagaan, jika ada, dan apa-apa penggantian dan apa-apa penambahan yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dibuat kepada nama syarikat hendaklah disifatkan sebagai pengubahan kepada perlembagaan bagi maksud Akta ini bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah itu.

(9)

Jika nama mana-mana pemiutang yang berhak untuk membantah terhadap pengurangan itu tidak dicatatkan dalam senarai pemiutang disebabkan oleh kejahilannya tentang prosiding bagi pengurangan atau tentang jenis dan kesan prosiding itu berkenaan dengan tuntutannya dan selepas pengurangan itu, syarikat tidak dapat

152 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

membayar amaun hutang atau tuntutannya mengikut pengertian peruntukan Akta ini berkenaan dengan penggulungan oleh

Mahkamah—

(a)

tiap-tiap orang yang menjadi anggota syarikat pada tarikh penyerahsimpanan salinan perintah bagi pengurangan itu adalah bertanggungan untuk menyumbang bagi pembayaran hutang atau tuntutan itu suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang dia sepatutnya bertanggungan untuk menyumbang jika syarikat telah mula digulungkan pada hari sebelum tarikh penyerahsimpanan salinan perintah pengurangan itu; dan

(b)

jika syarikat digulungkan, atas permohonan mana-mana pemiutang itu dan apabila terbukti kejahilannya mengenai prosiding bagi pengurangan atau mengenai jenis dan kesan prosiding itu berkenaan dengan tuntutannya, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut—

(i)

menetapkan sewajarnya suatu senarai orang yang bertanggungan untuk menyumbang; dan

(ii)

membuat dan menguatkuasakan panggilan dan perintah ke atas penyumbang yang ditetapkan dalam senarai itu seolah-olah orang yang bertanggungan untuk menyumbang ialah penyumbang biasa dalam suatu penggulungan.

(10)

Hak penyumbang tidak terjejas walau apa pun pengurangan modal syer di bawah subseksyen (9).

(11)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu syarikat tidak berhad, tetapi tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang syarikat tidak berhad daripada mengurangkan modal syernya mengikut apa-apa cara.

(12)

Tiap-tiap pegawai syarikat yang—

Syarikat 153

(a)

dengan sengaja menyembunyikan nama mana-mana pemiutang yang berhak untuk membantah terhadap pengurangan itu;

(b)

dengan sengaja menyalahnyatakan jenis amaun hutang atau tuntutan mana-mana pemiutang; atau

(c)

membantu, menyubahati atau menjadi pihak kepada mana-mana penyembunyian atau salah nyataan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Pengurangan modal syer oleh syarikat persendirian atau syarikat awam