Malaysia legislation

Section 117

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 117

(a)

menghantar suatu notis kepada Ketua Pengarah Lembaga

Hasil Dalam Negeri yang disebut dalam seksyen 134

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dan Pendaftar dalam masa tujuh hari dari tarikh ketetapan itu dan notis itu hendaklah menyatakan bahawa ketetapan telah diluluskan dan mengandungi teks ketetapan dan tarikh ketetapan; dan

(b)

memenuhi kehendak kesolvenan di bawah subseksyen (3).

(2)

Ketetapan dan pengurangan modal syer itu hendaklah berkuat kuasa mengikut seksyen 119.

(3)

Syarikat memenuhi kehendak kesolvenan jika—

(a)

semua pengarah syarikat membuat suatu pernyataan kesolvenan berhubung dengan pengurangan modal syer;

(b)

pernyataan itu dibuat—

154 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(i)

dalam hal suatu syarikat persendirian, dalam tempoh empat belas hari yang berakhir pada tarikh ketetapan itu tetapi hendaklah dalam masa yang mematuhi subseksyen (5); atau

(ii)

dalam hal suatu syarikat awam, dalam tempoh dua puluh satu hari yang berakhir pada tarikh ketetapan itu tetapi hendaklah dalam masa yang mematuhi subseksyen (6); dan

(c)

suatu salinan pernyataan kesolvenan diserah simpan dengan

Pendaftar bersama dengan notis yang dikehendaki untuk diserah simpan di bawah perenggan (1)(a).

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat tidak perlu memenuhi kehendak kesolvenan jika pengurangan modal syer hanya semata-mata dengan cara pembatalan mana-mana modal syer berbayar yang hilang atau tidak diwakili oleh aset yang ada.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (4), suatu syarikat persendirian hendaklah—

(a)

jika ketetapan bagi mengurangkan modal syer itu ialah ketetapan khas yang hendaklah diluluskan melalui ketetapan bertulis, memastikan bahawa tiap-tiap salinan ketetapan yang disampaikan itu disertakan dengan suatu salinan pernyataan kesolvenan; atau

(b)

jika ketetapan bagi mengurangkan modal syer itu ialah ketetapan khas yang hendaklah diluluskan dalam mesyuarat agung, membuat pernyataan kesolvenan itu atau salinan pernyataan kesolvenan itu tersedia bagi pemeriksaan oleh anggota sepanjang mesyuarat itu; dan

(c)

membuat pernyataan kesolvenan atau salinan pernyataan kesolvenan itu tersedia di pejabat berdaftar syarikat bagi pemeriksaan oleh mana-mana pemiutang syarikat tanpa dikenakan bayaran bagi tempoh enam minggu dari tarikh ketetapan itu.

Syarikat 155

(6)

Tertakluk pada subseksyen (4), suatu syarikat awam hendaklah—

(a)

membuat suatu pernyataan kesolvenan atau salinan pernyataan kesolvenan itu tersedia bagi pemeriksaan oleh anggota pada mesyuarat sepanjang mesyuarat yang ketetapan itu diluluskan; dan

(b)

membuat suatu pernyataan kesolvenan atau salinan pernyataan kesolvenan itu tersedia di pejabat berdaftar syarikat itu bagi pemeriksaan oleh mana-mana pemiutang syarikat tanpa dikenakan bayaran bagi tempoh enam minggu dari tarikh ketetapan itu.

(7)

Tiap-tiap pegawai syarikat yang melanggar subseksyen (5)

atau (6) melakukan suatu kesalahan.

(8)

Walau apa pun subseksyen (7), ketetapan itu tidak menjadi tidak sah hanya menurut kuasa suatu pelanggaran terhadap subseksyen (5)

atau (6).

(9)

Mana-mana kehendak di bawah perenggan (3)(c), (5)(c)

atau (6)(b) terhenti mempunyai kesan jika ketetapan itu dibatalkan.

(10)

Syarikat hendaklah mengiklankan notis mengenai pengurangan modal syer dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di

Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh kelulusan ketetapan khas itu.

(11)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (10)

melakukan suatu kesalahan.

Hak pemiutang untuk membantah pengurangan modal syer oleh syarikat

Section 117 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my