Malaysia legislation
Section 118
Seksyen 118
(2)
Mana-mana pemiutang syarikat boleh memohon kepada
Mahkamah bagi ketetapan itu dibatalkan dalam masa enam minggu dari tarikh ketetapan itu.
(3)
Subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi pemiutang syarikat yang berhak terhadap apa-apa hutang atau tuntutan yang boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat itu pada tarikh permohonannya kepada Mahkamah jika tarikh itu ialah tarikh permulaan kuat kuasa penggulungan syarikat.
(4)
Apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2)—
(a)
pemiutang hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menyampaikan permohonan itu kepada syarikat; dan
(b)
syarikat hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin memberikan kepada Pendaftar suatu notis mengenai permohonan itu.
Kedudukan pada akhir tempoh bantahan oleh pemiutang