Malaysia legislation
Section 119
Seksyen 119
(a)
suatu salinan ketetapan itu;
(b)
suatu salinan pernyataan kesolvenan di bawah subseksyen 117(3), jika berkenaan;
(c)
suatu pernyataan yang dibuat oleh pengarah yang mengesahkan bahawa kehendak di bawah subseksyen 117(1)
dan kehendak kesolvenan di bawah subseksyen 117(3), jika berkenaan, telah dipatuhi, dan bahawa tiada permohonan bagi pembatalan ketetapan itu telah dibuat; dan
Syarikat 157
(d)
suatu salinan notis mengenai pengurangan modal syer yang disebut dalam subseksyen 117(10).
(2)
Jika satu atau lebih permohonan bagi pembatalan ketetapan itu yang dibuat di bawah subseksyen 118(2) dibuat bagi pengurangan modal syer itu berkuat kuasa, prosiding bagi semua permohonan itu yang telah dihentikan kerana ditolak, ditarik balik atau dihentikan oleh apa-apa sebab yang dibenarkan oleh Pendaftar, syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar dalam masa empat belas hari bermula dari tarikh permohonan yang terakhir itu ditolak, ditarik balik atau selainnya dihentikan—
(a)
suatu pernyataan yang dibuat oleh pengarah yang mengesahkan bahawa kehendak di bawah subseksyen 117(1), kehendak kesolvenan di bawah subseksyen 117(3), jika berkenaan, dan subseksyen 117(5) atau (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dipatuhi, dan bahawa permohonan itu telah ditolak, ditarik balik atau dihentikan oleh apa-apa sebab yang boleh dibenarkan oleh Pendaftar atau tanpa penentuan;
(b)
berhubung dengan setiap permohonan yang telah ditolak oleh
Mahkamah, suatu salinan perintah Mahkamah yang menolak permohonan itu; dan
(c)
suatu notis yang mengandungi maklumat yang berhubungan dengan pengurangan modal syer itu.
(3)
Pengurangan modal syer hendaklah berkuat kuasa apabila
Pendaftar merekodkan maklumat yang diserah simpan dengannya dalam daftar yang bersesuaian.
(4)
Suatu notis yang mengesahkan pengurangan modal syer yang dikeluarkan oleh Pendaftar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa semua kehendak Akta ini berkenaan dengan pengurangan modal syer telah dipatuhi dan bahawa modal syer syarikat adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
158 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Kuasa Mahkamah berhubung dengan bantahan oleh pemiutang