Malaysia legislation
Section 120
Seksyen 120
(2)
Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah untuk membatalkan ketetapan jika, semasa permohonan itu dipertimbangkan, ketetapan itu masih belum dibatalkan sebelumnya, apa-apa hutang atau tuntutan yang menjadi asas kepada permohonan itu masih tertunggak dan Mahkamah berpuas hati bahawa—
(a)
hutang atau tuntutan itu tidak bercagar dan pemohon tidak mempunyai perlindungan lain yang mencukupi bagi hutang atau tuntutan itu; dan
(b)
tidak menjadi hal bahawa cagaran atau perlindungan lain itu tidak perlu memandangkan aset yang akan dipunyai oleh syarikat selepas pengurangan itu.
(3)
Jika Mahkamah tidak berpuas hati untuk membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2), Mahkamah hendaklah menolak permohonan itu.
(4)
Jika
Mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2), syarikat hendaklah menyerah simpan salinan perintah itu dengan Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu dibuat.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
suatu hutang adalah tertunggak jika hutang itu belum dilepaskan; dan
(b)
sesuatu tuntutan adalah tertunggak jika tuntutan itu belum ditamatkan.
(6)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (4)
melakukan suatu kesalahan.
Syarikat 159
Kesalahan kerana membuat pernyataan tidak berasas atau palsu