Malaysia legislation

Section 122

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 122

Jika modal syer sesuatu syarikat dikurangkan di bawah mana-mana peruntukan Subpenggal ini, seseorang anggota syarikat yang terdahulu atau sekarang tidak bertanggungan berkenaan dengan harga pengeluaran mana-mana syer bagi apa-apa panggilan atau sumbangan yang lebih besar daripada perbezaan, jika ada, antara—

(a)

harga keluaran syer itu; dan

(b)

agregat amaun berbayar ke atas syer itu, jika ada, dengan amaun yang dikurangkan atas syer itu.

Subpenggal 5

Bantuan oleh Syarikat bagi Pembelian Syernya Sendiri

Bantuan kewangan oleh syarikat dalam urus niaga syernya, dsb.